TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

TANDA-TANDA AWAL PENYAKIT BUAH PINGGANG

Tanda-tanda awal Penyakit buah pinggang

Ramai daripada kita yang tidak  mengetahui  tanda-tanda awal penyakit buah pinggang. Ini disebabkan sebahagian dari tanda-tanda penyakit buah pinggang mungkin kelihatan seperti simptom penyakit lain.

tanda awal penyakit buah pinggang

Di sini saya ingin kongsikan tanda-tanda awal penyakit buah pinggang ;

1. Kerap membuang air kencing
Tanda awal pesakit buah pinggang akan kerap membuang air kencing . Perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing dan lihat pada kekerapan pembuangan air kencing sama ada anda kencing dengan kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda.

 

2. Keletihan Sepanjang masa
Tanda awal pesakit buah pinggang akan mengalami keletihan sepanjang masa. Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menyebabkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau.

 

3. Pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan
Tanda awal pesakit buah pinggang akan mengalami pembengkakan pada salah satu anggota di tubuh badan. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Dan sebaliknya akan berlaku sekiranya buah pinggang anda mengalami kegagalan untuk berfungsi.

 

4. Mengalami Gatal-gatal 
Pesakit buah pinggang juga akan mengalami ruam dan kegatalan. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda akan menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk.

 

5. Terasa seperti logam di dalam mulut anda
Tanda awal pesakit buah pinggang akan ada rasa seperti logam di dalam mulut anda. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.

 

6. Loya dan muntah-muntah
Tanda awal pesakit buah pinggang juga akan  mengalami loya dan muntah-muntah. Ini juga disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.

 

7. Berasa sejuk sepanjang masa
Pesakit buah pinggang akan berasa sejuk sepanjang masa. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.

 

8. Kesukaran untuk bernafas
Pesakit buah pinggang akan merasa kesukaran untuk bernafas. Ini tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.

 

9. Merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah
Pesakit buah pinggang akan merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah. Ini  adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.

 

10. Kerap berasa pening kepala
Pesakit buah pinggang akan kerap berasa pening kepala. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.

Sekiranya anda mencari rawatan alternatif untuk penyakit buah pinggang, Vivix Shaklee insyaAllah membantu anda.Penyakit buah pinggang

Testimoni penyakit buah pinggang

Love & Hug ,
Yelly Adam
Penampang, Kota Kinabalu Sabah

For more info tentang Product Shaklee /Join Member Shaklee/Free Membership /Business Shaklee boleh lah terus menghubungi saya melalui
Email : yellyadam@gmail.com
Wsp/SMS:016-8199990
FB : Yelly Adam

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge