Simptom-simptom Difteria

Simptom-simptom Difteria

Sekarang ni tengah heboh diperkatakan tentang Difteria di negara kita kan? ramai ibu bapa suarakan kebimbangan . So disini saya ingin kongsikan serba sedikit fakta tentang Difteria.

Difteria berpunca dari serangan sejenis bakteria. Ia biasanya tersebar melalui selsema dan batuk si pembawa. Lebih bahaya, pembawa biasanya tak mempunyai apa-apa simptom.

Serangan Difteria akan bermula pada salur pernafasan terutamanya hidung dan tekak. Pesakit yang dijangkiti akan menghasilkan sejenis toksin yang kemudiannya akan menyebabkan kegagalan fungsi organ lain termasuk hati, jantung, malah otak!

3 faktor risiko yang menyebabkan jangkitan Difteria adalah tahap kebersihan yang kurang memuaskan, tempat yang sesak dan tidak mengambil imunisasi yang lengkap.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah dijangkiti khasnya anak-anak yang dihantar ke pengasuh atau taska.

 

Simptom Difteria
Simptom Difteriaom

Simptom Difteria biasanya dapat dilihat dalam tempoh 1-7 hari selepas dijangkiti. Pastikan anak anda segera dibawa ke klinik jika mempunyai salah satu tanda-tanda ini:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Sukar menelan makanan
  • Batuk
  • Air liur meleleh
  • Kulit pucat dan kebiruan
  • Hidung berdarah
  • Selsema
  • Sesak nafas
  • Ruam kulit

Difteria boleh dielakkan dengan pengambilan vaksin. Malangnya, vaksin tersebut luput selepas 10tahun. Jika keluarga anda dijangkiti Difteria, anda juga patut mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan dos tambahan.

Jika anak anda tidak mengambil imunisasi ketika usia 2, 3 dan 5 bulan, sebaiknya elakkan membawa mereka ke tempat-tempat awam. Mereka mungkin dijangkiti.

Love & hug ,

Yelly Adam,

Penampang ,Kota Kinabalu .



 

 

 

For more info tentang Product Shaklee /Join Member Shaklee/Free Membership /Business Shaklee boleh lah terus menghubungi saya melalui

Email : yellyadam@gmail.com

Wsp/SMS:016-8199990

FB : Yelly Adam

Pengedar Shaklee Sabah ~ Pengedar Shaklee Menggatal

Free cod : Kota Kinabalu, penampang, Inanam, Likas, 1Borneo , Menggatal & Telipok & Pos Laju Seluruh Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge