Cara Meransang Otak Anak Lebih Genius

Cara Meransang Otak Anak Lebih Genius

10 cara meransang otak anak agar lebih genius

Kebanyakkan ibu bapa ingin anak mereka membesar menjadi seorang yang Pintar ,Genius & bijak . Mungkin ada yang berpendapat kepintaran itu di warisi oleh ibu bapa tapi sebenarnya ianya boleh di pupuk dari kecik . So jom kita tengok 10 cara meransang otak anak kita agar lebih genius.

  1. Belajar Muzik – Dapat meningkatkan pembelajaran otak kanan dengan mudah. Kajian di Universiti Toronto, AS ,pelajaran muzik dapat meningkatkan tahap kecerdasan dan prestasi si kecik disekolah. Semakin lama anak bermain muzik ,semakin jelas hasil boleh dilihat. So jom expose anak dengan alat muzik atau lagu-lagu yang sesuai sejak kecik untuk kecerdasan otak .
  2. Tingkatkan Kesihatan – Kajian menunjukkan tahap kesihatan anak yang tinggi dapat mempengaruhi pelajaran nya di sekolah iaitu dengan pengamalan hidup sihat dan pengambilan makanan yang bernutrisi dan berkhasiat.
  3. Permainan Video – Permainan video yang sesuai ada baiknya juga. Yang penting kita sebagai ibubapa bijak memilih permainan video yang sesuai untuk mereka. Asalkan ia boleh meningkatkan kreativiti, melatih cara berfikir dan menguji kebijaksanaan si kecik anda. kajian menunjukkan anak kecik yanmg bermain permainan video lebih berkempuan menyelesaikan masalah dalam pelajaran. Jadi tidak salah memberikan gajet selagi kita memantau penggunaannya .
  4. Jangan beri makanan ringan – Makanan ringan @ jajan @ junkfood seperti yang kita tau memang tidak mempunyai khasiat malah memberi kemudaratan kesihatan kepada anak kita malah kepada diri kita sendiri. Kandungan gula yang tinggi, garam berlebihan dan pewarna serta pengawet boleh menyebabkan banyak penyakit. Berikan anak kita makanan semulajadi yang sihat dan segar. Amalkan snek sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang bukan saja meningkatkan kesihatan malah membantu perkembangan otak si manja agar membesar dengan bijak dan sihat.
  5. Memupuk rasa ingin tahu – berikan perhatian terhadap minat anak, mengenalkan dan mengajarkan perkara-perkara baru adalah cara untuk mendidik anak anda . Contohnya membawa mereka membeli belah , membawa mereka ketika berurus niaga supaya mereka tau cara penggunaan wang , berjual beli dan bersosial dengan orang . Semua ini cara memupuk rasa ingin tau dalam diri mereka tentang kehidupan orang dewasa .
  6. Membaca buku cerita – Membaca merupakan cara meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang yang paling berkesan. Membacakan anak-anak buku cerita yang menarik atau cerita dongeng kegemaran mereka , bawa mereka ke library pada hujung minggu atau ke kedai buku untuk menambah koleksi bacaan antara cara terbaik untuk memupuk minat membaca si kecik.
  7. Jangan lupa sarapan pagi – Pastikan si kecik anda mengambil sarapan pagi mereka kerana seseorang yang bersarapan akan memiliki ingatan yang lebih baik , dapat menumpukan perhatian disekolah dan dapat belajar lebih cepat. Sarapan tidak perlu berat memandai segelas susu @ sandwich @ bijirin yang mengenyangkan. Ini sudah mencukupi bagi si kecil untuk memulakan hari dengan penuh semangat dan gembira.
  8. Permainan menguji minda – Selain permainan video, permainan menguji minda seperti catur , teka silang kata, Sudoku atau permainan lain yang dapat meransang otak boleh diberikan kepada anak-anak anda. Permainan seperti ini dapat meransang cara mereka berfikir secara bijaksana dan meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah.
  9. Menghafal dan belajar perkataan baru – Ajar anak dengan perkataan baru setiap hari yang sering digunapakai dalam kehidupan seharian atau minta mereka menghafal kamus atau menghafal sifir . Ini dapat meningkatkan kecerdasan otak anak-anak kecik anda.
  10. Beriadah – Tutup televisyen dan ajak anak anda keluar beriadah di taman atau bermain bola dan sebagainya. Galakkan mereka hidup yang sihat kerana badan yang sihat membuatkan otak sikecik anda cerdas .

    Anak bermain alat muzik
    Anak bermain alat muzik

2 thoughts on “Cara Meransang Otak Anak Lebih Genius

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge