Apakah penyakit Hepatitis B ?

Apakah penyakit Hepatitis B ?

Hepatitis B adalah penyakit hati yang serius, disebabkan sejenis virus yang menyerang hati. Virus ini dikenali sebagai hepatitis B virus, boleh mengakibatkan jangkitan sepanjang hayat, kecacatan hati (cirrhosis – parut pada hati), barah hati, hati tidak dapat berfungsi, dan kematian. Setakat ini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Imunisasi / Vaksin Hepatitis B boleh didapati untuk semua peringkat umur bagi melindungi dan mencegah jangkitan virus Hepatitis B, bukan menyembuhkannya. Sesetengah pesakit terus membawa virus Hepatitis B di dalam badan mereka walaupun mereka telah pulih daripada jangkitan. Orang-orang seperti ini dipanggil Pembawa. Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit-penyakit yang teruk seperti penyakit hati, kerosakan dan barah hati. Barah hati adalah di antara 10 jenis barah yang kerap berlaku di dunia, termasuk di negara kita.

SIMPTOM

Kira-kira 30% dari pesakit tidak mempunyai apa-apa tanda atau simptom. Kanak-kanak lebih sedikit menunjukkan tanda-tanda atau simtom penyakit ini berbanding orang dewasa.

  • sakit kuning (jaundice)
  • keletihan, kelesuan
  • sakit di bahagian perut
  • hilang selera makan
  • loya, pening, mual, muntah
  • sakit sendi

PENYEBAB:

Virus Hepatitis B

PEMINDAHAN VIRUS

Terjadi apabila darah pesakit Hepatitis B memasuki badan bukan pesakit.

  • Virus Hepatitis B disebarkan melalui hubungan kelamin dengan pesakit tanpa penggunaan kondom (walaupun begitu, tiada jaminan terhadap keberkesanan penggunaan kondom getah untuk mengelak dijangkiti Virus Hepatitis B, tetapi penggunaan yang betul, boleh mengurangkan risiko dijangkiti),
  • berkongsi jarum suntikan,
  • bayi yang dilahirkan kepada ibu yang merupakan pesakit atau pembawa Hepatitis B

Mereka yang berisiko dijangkiti virus Hepatitis B, juga mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti virus hepatitis C dan HIV.

KUMPULAN BERISIKO

  • Orang yang mempunyai ramai pasangan seks, atau pernah dijangkiti Penyakit Kelamin / STDs
  • Lelaki yang melakukan hubungan kelamin dengan lelaki (homoseksual & biseksual)
  • Melakukan hubungan kelamin dengan pengidap atau pembawa virus Hepatitis B
  • Berkongsi jarum suntikan
  • Berkongsi alat penjagaan diri seperti pisau cukur dan berus gigi
  • Bayi yang lahir kepada ibu yabg dijangkiti atau pembawa virus Hepatitis B, akan menjadikan bayi itu pembawa seumur hidup dan menghadapi risiko tinggi menghidap barah hati
  • Bayi/kanak-kanak pendatang dari negara yang mempunyai kadar tinggi jangkitan Hepatitis B
  • Pekerja bidang perubatan dan sukarelawan yang terdedah kepada darah atau penggunaan darah
  • Pesakit yang menggunakan mesin Hemodialysis (cth:pesakit buah pinggang)

PENCEGAHAN

  • Imunisasi / Vaksin Hepatitis B adalah cara perlindungan dan pencegahan terbaik
  • Sekiranya anda melakukan hubungan seks dengan lebih dari satu pasangan, gunakan kondom getah dengan betul dan pada setiap sesi. Harus diingat, tiada jaminan terhadap keberkesanan penggunaan kondom getah untuk mengelak dijangkiti Virus Hepatitis B, tetapi penggunaan yang betul, boleh mengurangkan risiko dijangkiti.
  • Sekiranya anda hamil, anda patut menjalankan pemeriksaan darah untukl mengesan jangkitan Hepatitis B. Bayi yang lahir kepada ibu yang dijangkiti atau pembawa harus diberi suntikan HBIG (hepatitis B immune globulin) dan vaksin dalam masa 12 jam selepas kelahiran.
  • Jangan melakukan suntikan jika anda mengambil dadah; berhenti dan dapatkan rawatan atau menyertai program pemulihan
  • Sekiranya anda perlu melakukan suntikan jarum sendiri (cth:pesakit kencing manis), jangan berkongsi jarum suntikan, sebaiknya dapatkan imunisasi Hepatitis A dan B
  • Jangan berkongsi barang penjagaan diri yang mempunyai risiko terkena darah (cth: pisau cukur, pemotong kuku, berus gigi)
  • Tattoo dan bertindik. Anda berisiko dijangkiti sekiranya tukang tattoo atau tindik tidak menjaga peralatan mereka dengan sempurna mengikut prosedur perubatan.
  • Sekiranya anda pesakit atau pernah dijangkiti virus Hepatitis B, jangan menderma darah, organ atau tisu badan anda.
  • Sekiranya anda pekerja bidang perubatan dan pekerja sukarela yang terdedah kepada darah / penggunaan darah, sila dapatkan imunisasi/vaksin Hepatitis B, serta patuhi prosedur dan rutin keselamatan serta prosedur pengendalian jarum atau objek tajam yang betul

Bagaimana Imunisasi ini boleh didapati?

  • Perkhidmatan ini boleh didapati di semua hospital dan klinik kerajaan serta hampir semua hospital swasta
  • Jika anda bersalin di hospital bayi anda akan diberi suntikan dos pertama oleh jururawat di hospital
  • Jika jururawat desa atau bidan kerajaan menyambut kelahiran dirumah, beliau akan memberikan suntikan dos pertama sejurus selepas kelahiran
  • Sekiranya bidan kerajaan yang menyambut kelahiran di rumah tidak dapat memberikan suntikan dos pertama sejurus selepas dilahirkan atau jika kelahiran disambut oleh bidan kampung, anda dinasihat supaya meminta suami atau ahli keluarga yang lain membawa bayi tersebut ke pusat kesihatan yang berhampiran dengan secepat mungkin untuk suntikan dos pertama
  • Bagi suntikan dos kedua dan dos ketiga, anda dikehendaki membawa bayi anda ke hospital atau pusat kesihatan yang berhampiran pada masa yang ditetapkan.

 

Cadangan untuk Set Shaklee ini sebagai Supplement

Selain  mengamalkan semua langkah diatas, anda juga boleh mengambil suplemen untuk menangani penyakit hepatitis B. Apa yang saya cadangkan adalah lebih kepada untuk mengawal keradangan hati.

1. DTX Complex

Untuk penyakit hepatitis, sangat digalakkan untuk ambil suplemen berasaskan herba kerana herba dapat menyahkan dan membuang semua mendapan daripada toksik dan bahan kimia pada hati. Apabila hati bersih dan sihat bolehlah anda pertimbangkan suplemen dan vitamin asas yang lain.

Herba yang penting untuk membantu detox hati adalah:

  • Artichoke – meningkatkan keberkesanan hati selepas detox, membantu membina sel baru untuk hati.
  • Dandelion
  • Schizandra
  • Kunyit / Cucurmin
  • Milk Thistle Seed

Semua herba di atas sangat digalakkan dan semuanya ada dalam DTX Complex.

2. Vivix

Vivix dapat membantu untuk detox keseluruhan badan terutama bahagian hati. Ia juga dapat menormalkan kembali kandungan beralkali dalam badan.

3. Nutriferon

Nutriferon mengandungi interferon yang bertindak melindungi kita daripada sebarang penyakit influenza dan pelbagai penyakit lagi. Dalam bidang perubatan, suntikan interferon juga dibuat untuk merawat penyakit hepatitis, anjing gila, kanser dan HIV. Namun suntikan ini sangat mahal dan hanya diberikan untuk memperlahankan virus dalam badan.

Nutriferon pula sesuatu yang mudah didapati dan boleh diambil selalu oleh sesiapa sahaja dan fungsinya untuk meningkatkan interferon dalam badan kita.

Sekiranya anda didiagnos dengan hepatitis B (atau jenis hepatitis yang lain), usah panik. Paling penting anda harus bertenang dan dapatkan nasihat doktor untuk panduan kesihatan. Set hepatitis B Shakleemenyediakan nutrisi sihat untuk hati anda mengelakkan keradangan dan mendapatkan hati yang sihat.

maklumat lanjut boleh hubungi saya ;

Email : yellyadam@gmail.com

Wsp/SMS:016-8199990

FB : Yelly Adam

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge