Browsed by
Month: March 2016

Daftar keahlian Shaklee

Daftar keahlian Shaklee

Cara Daftar Keahlian Shaklee @ Join Member

Untuk menjadi ahli Shaklee , anda hanya perlu membayar RM69 iaitu yuran seumur hidup dan anda akan dapat harga member ,harga diskaun & harga promo setiap bulan .

Disamping itu anda akan dapat peluang menjana side income sekiranya berminat untuk aktif dalam berShaklee. Semua ini akan di ‘GUIDE’ & diberi tunjuk ajar dalam kumpulan kami.

Sekiranya berminat boleh beri maklumat seperti di bawah ;

 

  Maklumat  
01. Nama  
02. No Kad pengenalan  
03. Email  
04. Nama Pasangan (sekiranya sudah berkahwin)  
05. No.Kad Pengenalan Pasangan  
06 No Akaun /Bank

(Untuk tujuan pembayaran Bonus)

Contoh : 12345678910 (Maybank)

 
07 Alamat Tetap  

 

 

08 No Telefon Bimbit  

 

Maklumat tersebut boleh lah anda pm/ Wsp admin : 016-8199990 @ email kepada : yellyadam@gmail.com

 

Untuk Tujuan pembayaran anda boleh bank in ke Akaun seperti di bawah ;

Maybank : 1101 0729 4697

Cimb  :7053804932

Email: Yellyadam@gmail.com

 

 

Kelebihan ESP Shaklee

Kelebihan ESP Shaklee

ESP sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua ataupun muda. Dan yang paling penting, ia rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan.

Kebaikan yang mengamalkan ESP secara konsisten ;

  1. Membuatkan kita Kekal Muda sentiasa .  kerana Asid Amino dalam ESP membantu membina sel otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein badan, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan keremanjaan kulit.
  2. Mengandungi Hormon yg Berasaskan Tumbuhan Semulajadi– kacang soya adalah tumbuhan yang kaya dgn isoflavon. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  3. Membantu Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki– genistein dalam kacang soya telah dibuktikan berupaya untuk menghalang pertumbuhan kanser dan mencegah sel kanser tersebut daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia bermutasi menjadi sel-sel kanser. Oleh itu, fungsi prostat & keupayaan seksual lelaki terpelihara
  4. Mencantikkan & menganjalkan kulit– ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan kulit, bertindak sebagai agen anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit, mengembalikan kelembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
  5. Memulihkan Pigmentasi– ESP Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  6. Memberi tenaga segera– ESP Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun. oleh itu, ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  7. Membantu menguatkan Memori – kesan daripada pemulihan sel badan dengan protein yg cukup.

    ESP - Energizing Soy Protein
    ESP – Energizing Soy Protein

 

Berminat untuk mencuba ESP ? jom wsp laju2

Yelly Adam – 0168199990

Pengedar Shaklee  Sabah

ESP – Energizing Soy Protein

ESP – Energizing Soy Protein

ESP Shaklee adalah Susu Soya yang diiktiraf di seluruh dunia. Sebabnya, ia diuji secara klinikal & kualiti protein yg tinggi serta diperbuat daripada tumbuhan yg ditanam secara organic.

  • ESP Soy Protein merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
ESP Shaklee
ESP Shaklee
  • Kelebihan ESP berbanding poduk soya yg lain ialah, ia dihasilkan daripada kacang non-GMO (yakni, kacang yg tidak diubahsuai secara genetik). dan Ia adalah concentrated, yg mana 1kg ESP diperbuat daripada 30 kg kacang soya asli.
  • ESP mengandungi 22 jenis asid amino. Dan ESP merupakan satu-satunya produk di pasaran, yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.
  • Protein kacang soya, adalah 2x lebih tinggi dari daging, 4x lebih tinggi dari telur & 12x lebih tinggi dari susu.
  • Ia rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan.

 

 

Tips Tingkatkan Metabolisme Badan

Tips Tingkatkan Metabolisme Badan

Salah satu punca berat badan sukar dikurangkan adalah disebabkan metabolisme badan yang rendah. Biarpun banyak usaha anda lakukan sama ada bersenam secara berkala mahupun mengamalkan makan secara seimbang namun hasilnya mengecewakan. Mungkin tips dibawah boleh membantu .

  • Sarapan Pagi – Jangan abaikan sarapan pagi sekalipun anda sedang berdiet, jika tidak metabolisme anda boleh berkurangan. bukan setakat anda berasa lapar malah anda mudah merasa letih kerana banyak kerja perlu diselesaikan,
  • Jangan Biar perut kosong – jika anda berasa lapar walaupun selepas makan, anda tidak perlu risau .Pastikan anda mempunyai snek sebagai ganti seperti buah, oat bar, biskut tinggi serat. Jika perut dibiarkan lapar, fungsi tubuh akan menurun malah boleh menyebabkan anda makan secara berlebihan selepas itu.
  • Minum Cukup Air – proses pembakaran Kalori didalam tubuh sudah semestinya memerlukan cecair yang cukup untuk berfungsi dengan lebih berkesan. Pengambilan sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas sehari perlu dipatuhi. Namun pengambilan  air  lebih perlubila melakukan aktiviti lasak atau dalam cuaca panas.
  • Tambah Ais – Minuman berais sebenarnya lagi membantu menggalakkan tubuh membakar lebih kalori ketika proses penhadaman. Namun pastikan jangan minum minuman bergula.
  • Makanan pedas & herba – Makanan pedas memang membantu membakar lemak di dalam tubuh seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. cili mengandungi capsaicin yang dapat membakar kalori.
Tips meningkatkan metabolisme
Tips meningkatkan metabolisme
  • Elakkan diet ketat – Diet sebegini memang cepat tetapi! pengurangan berat yang dicapai adalah sebab kemerosotan otot-otot. Apabila ia merosot kadar metabolisme juga akan merosot. kesannya badan akan kurang membakar kalori atau lebih teruk lagi berat badan akan naik mendadak berbanding sebelumnya. So jangan sesekali ambil kurang dari 1000 kalori sehari.
  • Aerobik – senam robik mungkin kurang kepada pembinaan otot tetapi ia membantu tingkatkan metabolisme. cuba lakukan kombinasi senaman iaitu aerobic dan latihan angkat beban. Ini pasti berkesan.
  • Latihan Angkat Beban – Angkat beban bukan bermaksud anda berusaha mengangkat berat diluar kemampuan. Mulakan latihan angkat beban yang berintensiti rendah tetapi kerap. Ia sangat membantu untuk membakar lemak dan membina otot.
  • Minum Teh hijau – pengambilan dua hingga tiga cawan teh membantu badan lebih aktif untuk membakar kalori sehingga 17% lebih banyak daripada biasa.
  • Brokoli dalam masakan – Brokoli mengandungi vitamin c dan kalsium yang tinggi untuk peningkatan kadar metabolisme. Tetapi pastikan cara Penyediaannya juga sihat.

Berminat mendapatkan teh hijau , Kalsium @ Vitamin C // //? Untuk tingkatkan METABOLISME anda>>  hubungi saya

Yelly Adam
~~0168199990~~

Pengedar Shaklee Sabah

 

Tip Penjagaan Tulang

Tip Penjagaan Tulang

Kekurangan kalsium di dalam tulang boleh menyebabkan osteoporosis. Osteoporosis menyebabkan tulang kita lemah, rapuh dan mudah patah. Biasanya ia boleh menyebabkan keretakan tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan.  So disini saya share kan cara penjagaan tulang ;

  1. Pastikan ambil kalsium yang mencukupi – Pastikan diri kita mengambil kalsium yang cukup. Ibu mengandung dan ibu menyusu perlu mengambil kalsium sekurang-kurangnya 1300 mg setiap hari. Orang dewasa memerlukan 1000 mg dan untuk yang berusia 50 tahun keatas ambil sekurang-kurangnya 1200mg setiap hari.
  2. Pastikan mengambil lebih vitamin D – Vitamin D membantu penyerapan kalsium lebih berkesan dan efisien. Vitamin D juga membantu buah pinggang mempertahankan kalsium agar ia tidak dibuang menerusi urin.
  3. Senaman angkat berat – Bersenam dengan membuat gerakan angkat berat secara rutin dapat membantu memperkuatkan tulang. Tidak perlu terlalu berat memandai aktiviti fizikal yang khusus untuk memperkuatkan tulang.
  4. Jauhi rokok – merokok membahayakan kesihatan terutama lagi apabila kita menghampiri usia emas. Tulang memerlukan semua sokongan daripada tubuh anda.
  5. Kurangkan pengambilan kafien – kafien menyebabkan kalsium hilang dari tubuh dengan banyak. Tidak salah mengambil minuman berkafein namun perlu diambil secara sederhana.
  6. Elakkan terjatuh – Paling penting adalah elakkan kekerapan terjatuh. Kekerapan terjatuh membuatkan tulang semakin lemah. Tulang yang tercedera mengambil masa untuk sembuh. Jadi pastikan anda sentiasa berhati-hati ketika berjalan dan meminimumkan risiko terjatuh.
  7. Makanlah secara bijak – menjaga pemakanan dengan baik dan memastikan jumlah kalori dan mineral penting yang diperlukan tubuh sudah cukup memastikan kesihatan anda.
Set Tulang Shaklee
Set Tulang Shaklee

 


Yelly Adam @@@ 016-8199990

Pengedar Shaklee Sabah ,

Free Cod area 1 Borneo, UMS, Kingfisher, Angkasa Apartment Kota Kinabalu , Menggatal, Inanam, Telipok &  Penampang  & Penghantaran seluruh Sabah , Sarawak & Malaysia .

Cod Shaklee ke Tawau & Sandakan

Cod Shaklee ke Tawau & Sandakan

Permintaan Shaklee bukan ja di area Kota Kinabalu tapi permintaan dari Sandakan & Tawau juga pun banyak oo..

Penghantaran di sana mmg kami biasa nya guna bas. Murah & senang lagi. Terminal bas Inanam dekat dengan rumah saya. Branch Shaklee pun dekat dengan rumah. Bas pilihan saya biasanya Salam Bumimas & Transtedar hehehe.

So if ada yang berminat mencari produk Shaklee boleh la wsp saya laju2 , best price & best service insyaAllah

📱016-8199990
Pengedar Shaklee Sabah

♥Cod area Inanam, Menggatal ,UMS , Penampang, Sepanggar ,Telipok ,Alam Mesra ,Kingfisher

Cara Meransang Otak Anak Lebih Genius

Cara Meransang Otak Anak Lebih Genius

10 cara meransang otak anak agar lebih genius

Kebanyakkan ibu bapa ingin anak mereka membesar menjadi seorang yang Pintar ,Genius & bijak . Mungkin ada yang berpendapat kepintaran itu di warisi oleh ibu bapa tapi sebenarnya ianya boleh di pupuk dari kecik . So jom kita tengok 10 cara meransang otak anak kita agar lebih genius.

  1. Belajar Muzik – Dapat meningkatkan pembelajaran otak kanan dengan mudah. Kajian di Universiti Toronto, AS ,pelajaran muzik dapat meningkatkan tahap kecerdasan dan prestasi si kecik disekolah. Semakin lama anak bermain muzik ,semakin jelas hasil boleh dilihat. So jom expose anak dengan alat muzik atau lagu-lagu yang sesuai sejak kecik untuk kecerdasan otak .
  2. Tingkatkan Kesihatan – Kajian menunjukkan tahap kesihatan anak yang tinggi dapat mempengaruhi pelajaran nya di sekolah iaitu dengan pengamalan hidup sihat dan pengambilan makanan yang bernutrisi dan berkhasiat.
  3. Permainan Video – Permainan video yang sesuai ada baiknya juga. Yang penting kita sebagai ibubapa bijak memilih permainan video yang sesuai untuk mereka. Asalkan ia boleh meningkatkan kreativiti, melatih cara berfikir dan menguji kebijaksanaan si kecik anda. kajian menunjukkan anak kecik yanmg bermain permainan video lebih berkempuan menyelesaikan masalah dalam pelajaran. Jadi tidak salah memberikan gajet selagi kita memantau penggunaannya .
  4. Jangan beri makanan ringan – Makanan ringan @ jajan @ junkfood seperti yang kita tau memang tidak mempunyai khasiat malah memberi kemudaratan kesihatan kepada anak kita malah kepada diri kita sendiri. Kandungan gula yang tinggi, garam berlebihan dan pewarna serta pengawet boleh menyebabkan banyak penyakit. Berikan anak kita makanan semulajadi yang sihat dan segar. Amalkan snek sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang bukan saja meningkatkan kesihatan malah membantu perkembangan otak si manja agar membesar dengan bijak dan sihat.
  5. Memupuk rasa ingin tahu – berikan perhatian terhadap minat anak, mengenalkan dan mengajarkan perkara-perkara baru adalah cara untuk mendidik anak anda . Contohnya membawa mereka membeli belah , membawa mereka ketika berurus niaga supaya mereka tau cara penggunaan wang , berjual beli dan bersosial dengan orang . Semua ini cara memupuk rasa ingin tau dalam diri mereka tentang kehidupan orang dewasa .
  6. Membaca buku cerita – Membaca merupakan cara meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang yang paling berkesan. Membacakan anak-anak buku cerita yang menarik atau cerita dongeng kegemaran mereka , bawa mereka ke library pada hujung minggu atau ke kedai buku untuk menambah koleksi bacaan antara cara terbaik untuk memupuk minat membaca si kecik.
  7. Jangan lupa sarapan pagi – Pastikan si kecik anda mengambil sarapan pagi mereka kerana seseorang yang bersarapan akan memiliki ingatan yang lebih baik , dapat menumpukan perhatian disekolah dan dapat belajar lebih cepat. Sarapan tidak perlu berat memandai segelas susu @ sandwich @ bijirin yang mengenyangkan. Ini sudah mencukupi bagi si kecil untuk memulakan hari dengan penuh semangat dan gembira.
  8. Permainan menguji minda – Selain permainan video, permainan menguji minda seperti catur , teka silang kata, Sudoku atau permainan lain yang dapat meransang otak boleh diberikan kepada anak-anak anda. Permainan seperti ini dapat meransang cara mereka berfikir secara bijaksana dan meningkatkan kemampuan menyelesaikan masalah.
  9. Menghafal dan belajar perkataan baru – Ajar anak dengan perkataan baru setiap hari yang sering digunapakai dalam kehidupan seharian atau minta mereka menghafal kamus atau menghafal sifir . Ini dapat meningkatkan kecerdasan otak anak-anak kecik anda.
  10. Beriadah – Tutup televisyen dan ajak anak anda keluar beriadah di taman atau bermain bola dan sebagainya. Galakkan mereka hidup yang sihat kerana badan yang sihat membuatkan otak sikecik anda cerdas .

    Anak bermain alat muzik
    Anak bermain alat muzik